Connect with us

Oh! Media

shila amzah

Oh! Artis

Tak Ada Saat Mak ‘Down’ Teruk, Giliran Adik Buka ‘Pekung’ Shila Amzah

Kemelut adik beradik Shila Amzah nampaknya semakin panas apabila masing-masing berbalas kenyataan. Shila cakap macam ni, adik-adiknya pula cakap macam tu.

Lebih hangat lagi apabila ibu, Fauziah Sarman meluahkan isi hati kecewa dengan tindakan anak sulungnya, Nurshahila.

IKLAN

BACA: “Mak Dah Tak Kenal Siapa Nurshahila Lagi..” – Ibu Shila Amzah Akhirnya Bersuara 

Di TikTok, Amir Syafiq menjelaskan situasi sebenar di mana netizen sudah tersalah anggap. Katanya, mereka tak marah Shila mahu menjual rumah banglo di Hulu Langat.

Sebaliknya, mereka marah apabila penyanyi popular itu bersikap kurang ajar dengan ibu sendiri. Dakwanya, kakak telah menolak dan memaki hamun mak di hadapan Ubai, PA ‘balaci’ dan valuer rumah.

shila amzah

Lebih menyedihkan katanya, Shila tergamak menghina adik-adik di sesi live Instagram mengatakan mereka tak bekerja, biawak hidup dan sebagainya.

adik shila amzah

Dakwanya, Shila jarang balik ke rumah dan tak ada di saat ibunya dilanda musibah. Malah, Shila mengatakan ‘sibuk’ ketika ibu nak datang ke rumah. 10 minit kemudian Shila boleh bersiaran langsung pula, katanya.

Ketika ibu dan bapanya menghadapi konflik rumah tangga, Amir Syafiq mendakwa Shila tiada di saat diperlukan.

Dia dan Syada yang berkorban masa serta tenaga sehingga 4 bulan tidak bekerja. Tetapi Shila mengadu seolah-olah hanya dirinya seorang yang berkorban untuk keluarga.

Amir Syafiq berkata dia mempunyai bukti mesej dan rakaman suara penyanyi itu menghina keluarga sediri.

Anak kedua daripada 4 beradik ini berpesan supaya penyanyi tersebut tidak sombong dengan populariti dan duit yang ada.

Kredit: TikTok Muhammad Benjamin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas