Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Mak Dah Tak Kenal Siapa Shila Amzah Lagi..” – Fauziah Sarman Akhirnya Bersuara 

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai isu adik-beradik Shila Amzah yang berbalah kerana sebuah rumah milik mereka yang dikatakan ingin dijual.

BACA: “Yang Makan Bersuap Senang Cakap” – Banglo Rupanya Shila Amzah Punya, Ada Sebab Nak Kena Jual

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan mStar, ibu kepada Shila Amzah, Fauziah Sarman akhirnya bersuara tentang hal ini.

Menerusi Instagram, Fauziah meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan kejadian yang menimpanya yang sudah berusia ini dan turut hilang kata-kata.

Disebabkan rumah pusaka ni, tergamak Shila keluarkan kata-kata kesat pada mak. Tak tergamak mak nak tulis kata-kata tu. Emak dah tak kenal siapa Nurshahila lagi.

Bukan tu jer, Fauziah juga berkata anak sulungnya itu punca dirinya dimaki dan dicaci oleh orang ramai dalam live dibuat baru-baru ini.

Fauziah juga sempat menafikan dakwaan bahawa dirinya telah memaksa Shila untuk berkerja sejak kecil. Katanya, itu semua atas kereleaan diri sendiri dan tanpa paksaan.

Shila sendiri yang melabel rumah keluarga itu sebagai ‘rumah pusaka’ dan biarlah kekal menjadi rumah mak, bila Abah tak ada, orang boleh sara mak. Itu janji Shila.

Kalau korang tengok status itu, ibu penyanyi Patah Seribu itu seolah tidak boleh memaafkan anaknya lagi. Walaupun demikian, posting tersebut telah pun dipadam.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas