Connect with us

Oh! Media

“Tajuk Berita Jauh Sangat Beza” – Tok Ti Terkilan Kenyataan Disalah Gunakan Pengamal Media

B590dc59 53ad 4505 b784 01ae841dac7e

Oh! Artis

“Tajuk Berita Jauh Sangat Beza” – Tok Ti Terkilan Kenyataan Disalah Gunakan Pengamal Media

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza membuat satu kenyataan yang mengatakan enggan anaknya, Aafiyah ikut jejak langkahnya dengan menjadikan bidang nyanyian sebagai pilihan kerjaya.

Tok Ti lebih gemar anak sulungnya itu memilih untuk jadi seorang ahli perniagaan apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti, tapi tidak menolak sekiranya Aafiyah dikurniakan bakat nyanyian dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi.

Kenyataan disalah guna

Terbaru! Penyanyi nombor satu tanah air itu memuat naik satu hantaran di Instagram dan meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pengamal media yang menukar fakta mengenai kenyataannya tentang Aafiyah baru-baru ini.

IKLAN

Menerusi screenshot tersebut, media tersebut menulis tajuk yang mengatakan bahawa Tok Ti lebih gemar Aafiyah jadi ahli politik. Padahal tiada langsung kenyataan seperti itu yang dinyatakan.

Tajuk berita ini jauh berbeza sekali dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis.

Pastikan dulu sebelum sebar tak kira siapapun agar perkara sebegini tidak terjadi. Apa pandangan korang?

Kredit: Instagram Tok Ti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas