Oh! Artis
Syukri Yahaya Masih Dikecam Berakon Babak Luc*h, Ini Respon Tuan Badan
Selepas terpalit dengan kontroversi kerana melakonkan babak berunsur lucah menerusi drama Layang-Layang Perkahwinan, pelakon, Syukri Yahaya mengaku serik dengan kecam netizen.
Syukri juga menjelaskan akan lebih berhati-hati dan cuba elak daripada lakukan babak sebegitu kerana sedar dengan statusnya sebagai seorang suami dan bapa.
Tambahnya, dia juga tak mahu kontroversi seperti ini berulang lagi dan telah belajar daripada kesilapan.
Saya fikir mungkin sebab status sebagai suami dan bapa, jadi, berlaku silap saya di situ. Saya tidak akan buat lagi.
Selepas jadi, saya fikir kenapalah saya tidak beringat masa itu.
Macam sekarang saya berlakon drama baharu tapi sampai sekarang netizen masih ingat kontroversi saya itu dan berharap saya belajar dari kesilapan.

Aktor tersebut juga mengulas tentang babak tersebut dan mengatakan ia bertujuan untuk memberi gambaran berlaku curang.
Perempuan mana yang tidak cemburu..
Syukri juga tak menafikan keputusan yang dibuat ini untuk menjaga hati isteri dan keluarga.
Isteri saya cemburu, perempuan mana yang tidak cemburu tapi tidaklah cemburu yang tidak membenarkan saya berlakon lagi. Saya tahu daripada air muka dia. Saya kena jaga diri dengan lebih lagi.
Sementara itu, dia berkata dia menerima tawaran drama terbarunya kerana mahu lari daripada drama yang berat seperti yang selalu dia lakonkan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM