Oh! Artis
Syed Saddiq Akur Kena Paksa Gunting Rambut Gaya Korea Versi Bella Astillah
Semakin rosak Ahli Parlimen kesayangan Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ni nampaknya apabila tampil dengan gaya rambut baharu. Lebih menarik, perubahan itu dikatakan atas ‘paksaan’ penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Saddiq dilihat mengunjungi sebuah butik dandanan rambut bersama seseorang. Netizen pantas membuat spekulasi bahawa individu tersebut adalah Bella Astillah selepas terlihat beg tangan yang dipercayai milik aktres itu.
“Kena paksa gunting rambut ala Korea versi Bella Astillah”- Syed Saddiq.

Di ruangan kapsyen, Saddiq secara berseloroh mengakui dirinya ‘terpaksa’ mengikut gaya rambut yang diinginkan Bella.
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji gaya rambut baharunya, malah ramai juga yang bersetuju bahawa Bella pandai dalam mengubah penampilan seseorang.
Netizen ‘shipping’ Saddiq & Bella?

Bukan itu sahaja, hubungan rapat antara Saddiq dan Bella terus menjadi bualan. Netizen berharap agar kemesraan mereka berakhir dengan sesuatu yang lebih serius.
Bella ni memang ada ‘taste’, boleh jadi stylist Saddiq terus! – Netizen.
Dah sesuai sangat ni, bila nak umum berita baik? – Netizen lain pula berjenaka.
Sebelum ini, Saddiq dan Bella kerap dilihat bersama termasuk ketika mereka menawan puncak Gunung Kinabalu untuk mempromosikan sebuah butik terkemuka sempena hari raya.
#ApaKataOhmedia
Nampaknya semakin ramai yang merestui hubungan antara Syed Saddiq dan Bella Astillah. Ada juga yang berharap agar hubungan mereka ni kekal bukan hanya kerana tugasan untuk mempromosikan produk. Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka sebab dua-dua pun single kan, hehe.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM