Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Dikatakan Bakal Tamatkan Zaman Bujang Seminggu Selepas Raya

Ohmedia syed saddiq bella astillah

Oh! Artis

Syed Saddiq Dikatakan Bakal Tamatkan Zaman Bujang Seminggu Selepas Raya

Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq jadi perhatian, netizen mula spekulasi bakal kahwin tak lama lagi.

Nampaknya ramai yang tak sabar nak lihat penyanyi, Bella Astillah dan bekas menteri, Syed Saddiq disatukan. Ini apabila ramai dah mula perasan dan kumpulkan beberapa petunjuk yang seakan memberi bayangan hubungan mereka bakal ke fasa lebih serius.

Lebih menarik, spekulasi ini bukan sahaja diperkatakan oleh netizen, malah turut menjadi topik sembang dalam kalangan artis dan ahli politik. Jadi, betul ke Bella Astillah dan Syed Saddiq bakal buat pengumuman besar?

Petunjuk Syed Saddiq dan Bella bakal berkahwin

Semua petunjuk ini mula dikumpulkan semula selepas beberapa perkara berkaitan persiapan tertentu tular di media sosial. Dari situ, ramai mula membuat andaian bahawa pasangan ini mungkin sedang bersedia untuk sesuatu yang besar.

IKLAN

Tambah lagi, di platform Threads, pengguna media sosial mula mengaitkan petunjuk tersebut dengan kemungkinan majlis istimewa dalam masa terdekat.

Kenyataan artis buat ramai lagi tertanya-tanya

Syed Saddiq Bella Astillah

Situasi jadi lebih menarik apabila seorang pelakon dan penyanyi wanita berkongsi tentang pakaian khas yang akan dipakai untuk satu majlis penting.

Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagaian rakan saya.- Katanya.

Perkongsian ini terus menguatkan spekulasi, lebih-lebih lagi bila ada peminat mendakwa abang kepada Syed Saddiq juga sedang mencari pakaian berwarna kuning untuk dipakai pada 28 Mac ini.

Bella Astillah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada tahun 2016. Namun, hubungan tersebut berakhir dengan perceraian buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Pssttt! Kalau betul ada berita baik, kita doakan yang terbaik buat mereka. Tapi selagi belum sah, jangan terlalu cepat buat spekulasi sampai boleh timbulkan salah faham. Kadang-kadang kita tengok dari luar nampak indah, tapi hakikat sebenar hanya mereka yang tahu.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas