Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Terkejut Wartawan Tanya Akan Datang Tak Wedding Puteri Sarah Nanti?

0ac5974b 9a25 438b 9f0a dbc7f16ffbd8

Oh! Artis

Syamsul Yusof Terkejut Wartawan Tanya Akan Datang Tak Wedding Puteri Sarah Nanti?

Sebentar tadi kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

BACA : Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Selepas jer pengesahan lafaz cerai, Syamsul kemudiannya ditemu bual oleh wartawan yang berada di sana dan mengatakan keputusan untuk mengakhiri segala persengketaan di antara mereka berdua demi anak-anak.

IKLAN

Kalau berpisah dengan tak baik pun, tak ke mana jugak. Akan beri kesan masa depan anak-anak. Jadi, (ini) pengakhiran yang baik lah.

Ketika ditanya tentang hubungannya dengan Sarah selepas ini Syamsul berkata sudah tentu mereka akan kekal berkawan serta mendoakan bekas isteri bertemu dengan jodoh yang baik.

Dalam pada itu, salah seorang wartawan sempat bertanya sama ada dia akan hadir ke perkahwinan Sarah sekiranya ia akan berlaku di masa akan datang.

Syamsul akan datang lah (majlis kahwin Sarah)?

Pengarah The OG tersebut dan Sarah terkejut dengan soalan tersebut dan tertawa sebelum berkata dia langsung tidak terfikir lagi ke arah itu.

Sementara itu, Sarah juga berkata dia berharap agar tiada lagi persengketaan yang akan berlaku lagi selepas ini di antara mereka berdua.

Hak penjagaan anak-anak diberikan kepada aktres itu namun menegaskan Syamsul tidak akan dihadkan untuk bertemu Syaikhul dan Sumayyah.

Syamsul telah melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengahari tadi di hadapan hakim selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Kredit: Youtube Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas