Oh! Artis
Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu
Sebelum ini kami ada melaporkan yang pengarah sensasi, Syamsul Yusof beri bayangan akan ada berita baik mengenai kemelut rumah tangga bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
BACA : “Hari Ini Mungkin Selesai” – Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Dah Ada Kata Putus Demi Anak-Anak
Terkini! Kemelut rumah tangga mereka akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.
Menurut laporan Kosmo, Syamsul telah melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengahari tadi di hadapan hakim selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Sebelum melafazkan cerai tadi, Sarah sempat cium tangan Syamsul buat kali terakhir sebagai suami isteri dan kedua-dua mereka nampak sangat tenang.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM