Connect with us

Oh! Media

“Lama Tak Dengar Suara…” – Syamsul Yusof Nampak Tenang, Puteri Sarah Nampak Sedih

Oh! Artis

“Lama Tak Dengar Suara…” – Syamsul Yusof Nampak Tenang, Puteri Sarah Nampak Sedih

Hari ini 7 Mac 2023, merupakan hari untuk pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian.

ADVERTISEMENT

Syamsul dilihat tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi tadi ditemani peguam dan beberapa orang pengiring peribadinya.

Pengarah filem Mat Kilau itu nampak tenang dengan pakaian sut hitam lengkap bersongkok dan berkaca hitam.

Assalamualaikum, lama dah tak dengar suara Syamsul, kan? – Kata Syamsul yang menegur pihak media di mahkamah.

“Saya dah lama Reda.” – Puteri Sarah.

Puteri Sarah juga dilihat tiba di perkarangan mahkamah dan menyatakan dirinya reda dengan apa yang bakal berlaku.

Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah, tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan dirinya berasa lebih tenang. Puteri Sarah turut mendedahkan sudah lebih setahun tidak berjumpa dengan Syamsul Yusof.

Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT. 

Puteri Sarah turut memaklumkan kedua ibu bapanya dan ibu bapa mentua tidak hadir tapi tahu mereka sedih.

Kredit: Harian Metro | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas