Connect with us

Oh! Media

“Syamsul Yusof Tak Boleh Sesuka Hati Saman RM10 Juta” – Peguam Sivil

Oh! Artis

“Syamsul Yusof Tak Boleh Sesuka Hati Saman RM10 Juta” – Peguam Sivil

Sebelum ini kami melaporkan yang pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof akan mengambil tindakan terhadap pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menyaman sebanyak RM10 juta atas dakwaan dan penyebaran berita yang mengatakan dirinya sudah pun berkahwin dengan Ira.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, peguam sivil daripada Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli tampil memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan pengarah terkenal Syamsul Yusof yang ingin menyaman pihak JAWI di atas dakwaan fitnah kahwin lagi.

Kata Hafez, Syamsul tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan jumlah saman terhadap agensi itu.

Ini kerana, jumlah saman yang boleh ditentukan oleh pihak mahkamah dan ia perlu diteliti mengenai jenis dan bentuk maklumat peribadi yang dibocorkan, seperti dakwaan Syamsul sebelum ini.

Kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam.

Ujarnya lagi, Syamsul perlu membuktikan dirinya difitnah, sama ada ia merendahkan reputasi dan statusnya, sehingga dia dijauhi atau diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.

Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks..

Difahamkan, pengarah itu berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang yang membabitkan dokumen sulit berkaitan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Puteri Sarah Liyana dan orang ketiga, Ira Kazar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas