Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Berang Dilabel ‘Kaki Pukul’ Dengan Farid Kamil – “Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau?”

syamsul yusof

Oh! Artis

Syamsul Yusof Berang Dilabel ‘Kaki Pukul’ Dengan Farid Kamil – “Kenapa Aku Tak Masuk Penjara Macam Kau?”

Ada banyak isu yang perlu dihadapi pengarah kontroversi, Syamsul Yusof ketika ini. Bermula dari isu keluarga, sehinggakan timbul pula isu antara dirinya dengan pelakon Farid Kamil dan Aaron Aziz.

ADVERTISEMENT

Isu antara Syamsul dengan Farid Kamil tercetus selepas Farid melabel dirinya sebagai lelaki kaki pukul. Syamsul yang tidak berpuas hati berasa berang dan menganggap tindakan Farid melampau kerana menyentuh mengenai keluarga, filem dan bapanya, Yusof Haslam.

BACA: “Jumpa Kau Di Mahkamah, Itu Je” – Pesanan Syamsul Yusof Untuk Farid Kamil

“Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara?” – Soal Syamsul.

Malah, pengarah berusia 38 tahun itu turut mempersoalkan sekiranya perkara itu benar, mengapa dia tidak pernah berhadapan hukuman penjara diatas kesalahan tersebut.

Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara ni? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau? Minta maaf cakap, sebab buktinya tak ada lagi.

Kalau saya buka cerita lama, malu pihak sebelah sana. Kalau aku cakap menangis tak sudah kau bro. Kau dah main hati dan perasaan.

Syamsul turut meluahkan rasa simpati terhadap Farid yang juga perlu berhadapan dengan masalah rumah tangga dengna Diana Danielle yang turut menuntut cerai.

Sorry about that. Tapi itulah, saya tak tahu dia ni apa hal, daripada dulu, apa masalah dia dengan saya pun tak tahulah.

Tak puas hati kita jumpa di mahkamah, ikut undang-undang. Kenapa nak tunjuk kau lagi bagus daripada aku ke?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas