
Oh! Artis
“Jumpa Kau Di Mahkamah, Itu Je” – Pesanan Syamsul Yusof Untuk Farid Kamil
Oleh
Pengarah tersohor, Syamsul Yusof memberi respon kepada dakwaan pelakon Farid Kamil kononnya seorang wanita bernama Diana pernah dipukul namun tiada sebarang tindakan diambil.
Menerusi laporan Utusan, Farid Kamil dipercayai membuat kenyataan itu sehari selepas Puteri Sarah mendedahkan dirinya dipukul suami pada tahun 2020.
BACA: Farid Kamil Dedah Diana Dipukul Pada 2005, Trauma Sampai Sekarang
Ketika ditanya wartawan mengenai hal itu, Syamsul berkata dia mahu membawanya ke mahkamah.

Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la.
Katanya lagi, dia mengetahui mengenai isu-isu hangat di media sosial apabila ada rakan memberitahunya. Dia sendiri jarang membuka media sosial melainkan untuk urusan kerja.
Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekarang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la.
Syamsul menganggap apa yang berlaku adalah ujian untuk dirinya dan sedar usia sudah lanjut untuk bergaduh di media sosial.
Kredit: Utusan
