Connect with us

Oh! Media

Syafiq Minta Shila Amzah Cari Ibu Dan Rasa Pelik Dengan Ubai?

Oh! Artis

Syafiq Minta Shila Amzah Cari Ibu Dan Rasa Pelik Dengan Ubai?

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syafiq meminta kakaknya pergi mencari ibunya, Fauziah Sarman dan memohon maaf.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Beautifulnara, Syafiq juga meminta Shila Amzah untuk berhenti memfitnahnya dan perjelas yang dia sama sekali tidak pernah menampar kakaknya itu.

Tolonglah Shila, kau pergi cari mak minta maaf dekat mak. Shila jangan fitnah, aku tak pernah tampar muka kau eh.

Syafiq juga berkata yang dia sudahpun keluar daripada rumah banglo milik Shila Amzah yang berada di Hulu Langat.

Aku tegur kakak aku maki hamun mak aku salah ke? Salah aku bukan ke atas mak aku, jadi aku tegur kesalahan kakak aku atas mak aku. Dia maki hamun mak aku depan kawan-kawan dia, tolak mak aku. Jadi aku marah bab tu.

Bukan marah sebab nak jual rumah itu. Rumah itu sikit pun aku tak hairan.

Syafiq juga pelik kenapa suami kepada Shila, Ubai tergamak membiarkan isterinya memaki mak sendiri dihadapannya.

Aku cakap ya mak kau dah meninggal, aku minta maaf, bersimpati pada kau, takziah pada kau. Cuma aku pelik macam mana kau boleh biarkan Shila maki mak dia depan kau. Yelah mak kau dah meninggal, kau lebih mengetahui menghargai seorang ibu, jadi itu maksud dia.

Pulak dah! Apapun semoga keluarga ini dapat berbaik dan hidup dengan aman damai.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas