Connect with us

Oh! Media

Syada Amzah Akhirnya Pindah Keluar Dari Banglo Kakak, Nafi Ada 50 Ekor Kucing

Syada Amzah

Oh! Artis

Syada Amzah Akhirnya Pindah Keluar Dari Banglo Kakak, Nafi Ada 50 Ekor Kucing

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai konflik adik beradik Shila Amzah apabila penyanyi itu nekad menjual rumah banglo di Hulu Langat, Selangor.

Kontroversi semakin hangat diperkatakan apabila Shila dan adik-adiknya berbalas kenyataan di media sosial.

BACA: Duduk Dari 2021, Shila Amzah Minta Kekasih Syafiq Keluar Dari Rumah Banglo Di Hulu Langat

IKLAN

Terbaru, adik perempuan bongsu Syada Amzah memaklumkan sedang sibuk berpindah keluar dari banglo itu sejak beberapa minggu lalu.

Jadi, Syada membuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjaga kucing-kucing peliharaannya. Yang serius nak jaga je tau!

Syada amzah 1

Gadis berumur 25 tahun ini juga menafikan dakwaan ada 50 ekor kucing seperti yang viral sebelum ini. Aik? Sekejap 40, sekejap 50, sekejap bukan. Mana satu ni?

Di TikTok, abang kepada Syada iaitu Amir Shafiq menyindir netizen dengan membandingkan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

Amir syafiq

Katanya, rakyat di sana setiap hari berdoa semoga tidak ditembak mati oleh zionis Israel tetapi lain pula di Malaysia apabila netizen sibuk menfitnah orang.

Amir Syafiq juga tak boleh ‘hadam’ sikap netizen yang menyebelahi anak memaki hamun, menolak dan bersikap biadap dengan ibu kandung sendiri.

Kredit: Instagram Syada Amzah | TikTok Amir Shafiq

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas