Connect with us

Oh! Media

Duduk Dari 2021, Shila Amzah Minta Kekasih Syafiq Keluar Dari Rumah Banglo Di Hulu Langat

eiza

Oh! Artis

Duduk Dari 2021, Shila Amzah Minta Kekasih Syafiq Keluar Dari Rumah Banglo Di Hulu Langat

Tak habis-habis lagi dengan konflik keluarga Shila Amzah. Kali ini apa pula ya? Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila mendesak orang luar yang sebenar iaitu seorang wanita bernama Eiza untuk keluar daripada rumah banglo di Hulu Langat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mak Dah Tak Kenal Siapa Nurshahila Lagi..” – Ibu Shila Amzah Akhirnya Bersuara 

Shila memberi masa selewat-lewatnya esok sebelum tindakan undang-undang diambil. Shila juga tak teragak menghantar surat tuntutan melalui peguam jika Eiza masih menyebut namanya dan keluarga di mana-mana platform media sosial.

Melalui apa yang ditulis Shila, wanita itu berpindah masuk ke rumah tanpa izinnya sejak rumah Hulu Langat dilanda banjir pada 2021.

Shila sebenarnya dah minta wanita itu keluar melalui ibu sejak setahun lalu tetapi nampaknya masih tinggal di situ.

Shila turut menggelarkan wanita itu sebagai orang luar yang sebenar dan mendakwa menjadi batu api ketika keluarga dilanda masalah.

Penyanyi ini juga akan mengotakan hasratnya untuk menjual rumah banglo di Hulu Langat seperti yang dirancang sebelum ini.

Kredit: Instagram Shahila Amzah

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas