Connect with us

Oh! Media

Syada Amzah Akhirnya Bersuara Khabar Angin Hubungan Tak Baik Dengan Shila Amzah

Oh! Artis

Syada Amzah Akhirnya Bersuara Khabar Angin Hubungan Tak Baik Dengan Shila Amzah

Sebelum ini kami ada melaporkan yang ada khabar angin yang mengatakan hubungan adik-beradik, Shila Amzah dan Syada Amzah berada dalam keadaan tidak baik.

ADVERTISEMENT

BACA : Apa Jadi Dengan Hubungan Adik-Beradik, Shila Dan Syada Amzah Ni?

Hal ini mula menjadi buah mulut apabila kedua-dua mereka tidak ‘follow’ antara satu sama lain hasil semakan segelintir netizen di Instagram.

Terbaru! Syada tampil menjelaskan perkara tersebut untuk meredakan keadaan dan tidak mahu orang ramai salah erti dan perkara ini dikongsi menerusi IG Story.

Kata Syada tujuannya membuat hantaran sebelum ini adalah kerana mahu memberikan semangat kepada Syahir yang pertama kali memasuki pertandingan menyanyi tanpa ahli kumpulannya yang lain.

Saya ada tulis sokongan kepada The Amzahs. Kalau saya tidak okay (dengan Shila) saya takkan cakap The Amzahs.

Tambahnya, dia sentiasa ‘pering dingin’ dengan semua adik beradiknya dan ia adalah perkara biasa malah Syada ada bertegur dengan kakaknya di sebuah acara dan berpelukan.

Cakap pasal dingin, I memang sentiasa perang dingin dengan semua adik beradik. Saya terjumpa dia, elok je bertegur sapa, tak tarik rambut jangan risau semua, risau pasal keluarga sendiri dulu ok.

Kredit: Instagram Syada Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas