Connect with us

Oh! Media

Suspek Bunuh Nenek Pelakon Lelaki Rupanya Ada Pertalian Saudara

nenek farhan asri

Oh! Artis

Suspek Bunuh Nenek Pelakon Lelaki Rupanya Ada Pertalian Saudara

Beberapa minggu lepas, kecoh mengenai nenek kepada pelakon lelaki, Farhan Asri dibunuh di Taman Paroi Jaya, Seremban.

Menurut laporan mstar, sehingga kini perkara itu membuatkan Farhan bersama keluarganya yang lain masih trauma, tambah lagi suspek kes itu masih belum dijumpai.

Menerusi satu posting dibuat Farhan sendiri di Instagramnya, dia meminta orang ramai untuk sama-sama bantu mencari suspek bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil yang berusia 45 untuk membantu siasatan.

IKLAN

Farhan juga berkongsi yang sebelum ini suspek sudah beberapa kali datang ke rumah neneknya meminjam duit untuk tujuan kenduri. Kali kedua pula, dia hanya dapat sedikit dari apa yang mahu dipinjam dan kali terakhir ketika neneknya dibunuh, dia datang bawa makanan.

Terdapat beberapa kesan kecederaan pada anggota badan mangsa yang berumur 75 tahun ketika siasatan dijalankan. Bukan tu jer, barangan peribadi milik warga emas itu juga hilang.

Apapun, semoga urusan mencari suspek dipermudahkan. Diharapkan juga seluruh ahli keluarga Farhan sabar hadapi ujian ini.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas