Connect with us

Oh! Media

Sukar Dihubungi, Ibu Aiman Tino Dakwa Anak Dikongkong Wanita?

aiman tino

Oh! Artis

Sukar Dihubungi, Ibu Aiman Tino Dakwa Anak Dikongkong Wanita?

Mengejutkan apabila ibu kepada penyanyi Aiman Tino telah memuat naik luahan perasaan mengenai anak lelakinya itu di laman Instagram baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Katanya, Aiman kini dan buat ‘hal’ sehingga mengabaikan kerjayanya dalam bidang nyanyian. Lebih menggemparkan apabila wanita itu menyatakan perubahan perangai anaknya itu kerana dikongkong oleh seorang wanita.

aiman tino

Bahkan segala urusan mengenai kariernya langsung ditinggal sepi dek penyanyi itu yang gagal dihubungi langsung.

Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan
tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan.

aiman tino

Meskipun tidak menyebut nama secara spesifik namun rata-rata netizen menebak bahawa status itu ditujukan kepada Aiman.

Bukan itu sahaja, ibu penyanyi tersebut pernah memuat naik gambar Aiman diiringi kapsyen mengenai dirinya yang berasa rindu dan sayang dengan anak lelakinya itu.

Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia.

aiman tino

Bukan itu sahaja, ibunya turut memuat naik Insta Story yang berbaur amaran kepada seorang wanita yang dinamakan sebagai Fara Hanis atau Fewa.

Fara Hanis (Fewa), aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan XXX!

Apalah yang jadi sebenarnya ini?

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas