Connect with us

Oh! Media

‘Nasib La Siapa Yang..’ – Ibu Aiman Tino Digelar Mentua Dari Neraka Gara-Gara Sibuk Hal Anak

Oh! Artis

‘Nasib La Siapa Yang..’ – Ibu Aiman Tino Digelar Mentua Dari Neraka Gara-Gara Sibuk Hal Anak

Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi popular, Aiman Tino meluahkan rasa kecewa apabila anaknya itu dikatakan telah berubah sikap. Dakwanya lagi, perubahan yang dibuat anak dipengaruhi oleh seorang wanita yang dipercayai kekasih Aiman Tino.

ADVERTISEMENT

BACA: Sukar Dihubungi, Ibu Aiman Tino Dakwa Anak Dikongkong Wanita?

Walau bagaimanapun, Aiman menafikan dakwaan tersebut dan berkata salah faham mula timbul daripada sikapnya yang lambat membalas mesej dan panggilan telefon. Dia mengakui sikap sambil ambil mudahnya itu telah membuatkan ibu bapa terkilan.

Terbaru, ibu Aiman iaitu Riena Yusri memuat naik screenshot Direct Message (DM) yang dihantar seorang individu kepadanya. Dia digelar ibu mentua daripada neraka gara-gara menyibuk urusan anak.

Sumber: Instagram Riena Yusri

Menurut individu ini lagi, dia berasa ‘ngeri’ dan bersimpati dengan sesiapa yang ‘tersangkut’ bersama keluarga Aiman Tino. Namun, cacian tersebut dibalas tenang oleh si ibu.

Tak kenal maka tak cinta. Neraka tu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga.

Dah ada anak nanti barulah dapat rasa, penat besarkan anak, lepastu orang kikis.

Di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan ibu Aiman Tino dan menyifatkan pengorbanan si ibu tiada nilainya. Tak kurang juga yang menasihati wanita ini supaya membiarkan Aiman membuat keputusan sendiri memandangkan dia sudah dewasa untuk berfikir baik dan buruk.

Kredit: Riena Yusri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas