Connect with us

Oh! Media

Sufian Suhaimi Rancang Nikah Bulan 2, Syukur Majlis Tetap Jadi Meski Last Minute

sufian suhaimi

Oh! Artis

Sufian Suhaimi Rancang Nikah Bulan 2, Syukur Majlis Tetap Jadi Meski Last Minute

Penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu-lagu jiwangnya, Sufian Suhaimi akhirnya sah bergelar suami kepada si cantik manis, Rania Al Sadat.

BACA: Sufian Suhaimi Akhirnya Sah Menjadi Suami Kepada Rania Al Sadat

IKLAN

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sufian meluahkan rasa syukur apabila perancangannya untuk berkahwin yang pada asalnya dirancang secara ringkas berjalan lancar.

Bulan 2 baru rancang nikah

sufian suhaimi

Difahamkan, pasangan ini mula merancang untuk berkahwin pada bulan Februari lalu. Pada ketika itu mereka baru membuat pendaftaran nikah dan menempah pakaian sanding.

Asalnya nak nikah dan majlis simple je. Risau tak ada baju dan tempat sanding. Tapi Allah mudahkan semuanya. Dari daftar nikah, sampailah majlis sanding pertama.

Walaupun persiapan dilakukan dalam masa yang agak singkat, team @iam_inderaloka berjaya menyediakan busana songket yang cukup elegan buat Sufian, siap dengan tanjak dan aksesori yang mengikut adat Melayu tradisional.

Terima kasih kepada semua pihak terlibat

sufian suhaimi

Big thanks to team @iam_inderaloka yang sudi buatkan busana songket meski kami last minute.

Dalam pada itu, Sufian mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarahnya itu.

Dalam foto yang dikongsikan, dapat dilihat momen sebak apabila Sufian menerima restu daripada ibu baoanya sambil mengenakan busana lengkap pengantin lelaki berwarna hijau mint.

Pssttt! Alhamdulilah syukur semuanya dipermudahkan buat Sufian dan Rania. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke jannah.

Kredit: Instagram Sufian Suhaimi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas