Pelawak yang kini merupakan usahawan sambal petai Ali Puteh menjelaskan isu faraid melibatkan balu arwah Abam iaitu Siti Norhidayah dan anaknya sudah selesai bulan lepas.
Kata Ali, wang setiap bahagian sudah dimasukkan ke dalam akaun masing-masing termasuklah bahagian bapa dan arwah ibunya.
“Faraid dah selesai, buatlah video” – Ali
Pelawak ini mahu Hidayah menjelaskan situasi sebenar berkenaan faraid kerana tak tahan asyik dituduh makan harta anak yatim.
Kepada bekas kakak ipar saya, sudah-sudahlah keluarkan artikel yang membuatkan netizen pandang hina pada saya maki hamun saya.
Faraid dah selepas bulan lepas, dah masuk akaun. Saya minta jasa baik satu je, tolonglah keluarkan satu video seperti mana tiga tahun dulu kata itu ini tak dapat.
Ali tak mahu netizen terus melakukan dosa kering menghentamnya berkenaan faraid sedangkan isu itu sudah setel.
Hutang saman RM75k belum selesai sebab..
Apa yang belum selesai adalah hutang saman yang dikenakan mahkamah terhadapnya sebanyak RM75,000. Menerusi temubual bersama mStar, Ali menjelaskan panjang lebar mengenai isu tersebut.
Ali menerima keputusan kalah di mahkamah kerana baginya menang di dunia belum tentu lagi menang di akhirat.
Pelawak ini bagaimanapun menafikan dakwaan dia tak ada usaha untuk membayar hutang sedangkan Hidayah yang enggan menerima.
Kali pertama lawyer saya usulkan untuk bayar bulan, awak tolak. Heboh satu Malaysia. Saya tengah kumpul duit ni, awak sita rumah mak saya.
Saya tanya lawyer awak sendiri, sudah kali kedua saya bagi siap dengan surat lawyer lagi. Saya dah cuba bayar, duit tak cukup. Kalau duit cukup, tak ada lah saya berniaga.
Saya bagi 3 biji motor beserta cash RM25,000, awak tolak juga. Awak kata tak nak, nak penuh RM75,000.
Ali kecewa Hidayah seakan-akan cuba mencetuskan isu apabila mengingatkan mengenai hutang ketika rancak berniaga. Sedangkan dia berusaha yang terbaik untuk mencukupkan ‘tabung’ saman.
Kata Ali, apabila wang sudah cukup, dia sendiri akan menghantar duit tersebut kepada Hidayah. Kalau dia mati sekali pun, Hidayah tak perlu bimbang sebab isterinya akan sambung bayar.