Connect with us

Oh! Media

Suami Pelik Nyna Harizal Letak 7 Syarat Jika Ingin Jumpa

Oh! Artis

Suami Pelik Nyna Harizal Letak 7 Syarat Jika Ingin Jumpa

Pelakon, Nynaa Harizal ketika hadir bagi sebutan permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru semalam menafikan dakwaan telah dilarikan ibu bapa. Sebaliknya, Nynaa berkata dia selamat di bawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Nynaa Harizal Mohon Cerai, Nafi Dakwaan ‘Dilarikan’ Ibu Bapa

Terbaru, suami pelakon itu, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mempersoalkan tujuh syarat yang dikenakan isteri ke atasnya jika mahu berjumpa.

Seperti dalam kenyataan Nynaa, Fahmi mengaku dia ada berhubung dengan isteri pada 12 November lalu. Waktu itu, dia sempat bercakap dengannya seperti biasa.

Tujuh syarat diberikan kepada saya. Saya tahu syarat tersebut bukan dia sendiri yang tetapkan tetapi sudah disusun atur oleh peguamnya.

Berasa agak kesal dan terkejut, Fahmi menyatakan syarat yang diletakkan tidak berasas. Antara tujuh syarat itu adalah mesti berjumpa di pejabat peguamnya di Johor Bahru, wajib datang seorang diri, dilarang merakam sebarang perbualan audio atau video.

Dia juga tidak dibenarkan membawa pemandu peribadi, tidak boleh membawa pengawal peribadi, tidak dibenarkan membawa ahli keluarga dan dilarang sama sekali hadir bersama wakil media.

Sebelum berkahwin, hubungan saya dengan keluarga dia memang sangat baik dan kami rapat. Tapi selepas kami bertunang, keluarga dia terutama ibu dia lain sikit dari segi layanan. Sejujurnya memang ada isu antara saya dan ibunya.

Ada beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan. Tapi saya tak dapat mengesahkan isu itu menjadi punca sebab saya sendiri tak tahu apa sebenarnya masalah yang menyebabkan hubungan saya dengan keluarganya jadi begini.

Jelas Fahmi lagi, hubungannya dengan ibu bapa mentua mula bermasalah selepas berkahwin pada 28 Ogos lalu.

Semoga urusan pasangan ini selesai dengan cara baik. Mesti ada jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul itu kan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas