Connect with us

Oh! Media

Nynaa Harizal Mohon Cerai, Nafi Dakwaan ‘Dilarikan’ Ibu Bapa

Nyna Harizal

Oh! Artis

Nynaa Harizal Mohon Cerai, Nafi Dakwaan ‘Dilarikan’ Ibu Bapa

Baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila suami kepada pelakon, Nynaa Harizal mendakwa isterinya telah dilarikan ibu bapa mentua.

BACA: Isteri Shuk Sahar Dalam Proses Fail Cerai, Dah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung

Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas turut memfailkan permohonan supaya isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

IKLAN
240951021 904861840136003 5148206335431396533 n

Terbaru, Nynaa nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal menafikan dakwaan suami bahawa dia telah diculik ibu bapa. Dia mengaku selamat di bawah jagaan keluarga sejak 2 November lalu.

Pendedahan itu dibuat Nynaa ketika hadir sebutan permohonan cerai secara baik yang difailkan kepada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Difahamkan, pada 10 November lalu, pelakon ini memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

240411907 1205385049981241 7785176683262888451 n

Pada keesokan harinya, pihaknya telah menyerahkan satu salinan saman kepada pihak suami.

Walau bagaimanapun, suaminya tidak hadir untuk sebutan permohonan cerai dan hanya dihadiri oleh peguam.

Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan perkara ini telah dinyatakan melalui perbualan telefon pada 12 November lalu.

Enggan mendedahkan punca permohonan cerai dibuat, Nynaa menjelaskan permohonan dibuat dengan harapan dan doa semoga suami melepaskannya dengan cara baik tanpa melalui proses perundangan lain.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas