Connect with us

Oh! Media

Nora Ariffin Digelar Penyondol Dan Sund*l, Suami Akhirnya Tampil Bersuara

Ohmedia om Featured New 1200x675 3

Oh! Artis

Nora Ariffin Digelar Penyondol Dan Sund*l, Suami Akhirnya Tampil Bersuara

Dalam dunia hiburan tanah air, nama Datuk Nora Ariffin bukanlah asing. Namun, kisah peribadinya bersama suami, Dr. Rushdi Ramli telah menjadi bualan hangat netizen sejak kebelakangan ini.

BACA: Nora Ariffin Dedah Panjang Lebar Cerita Sebenar Mengenai Konflik Antara Dirinya, Madu Dan Anak Tiri!

Setelah sekian lama berdiam diri, Dr. Rushdi akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai perkahwinannya.​

IKLAN

Dr Rushdi meminang Nora Ariffin dengan niat murni

Nora Ariffin

Menurut Dr. Rushdi, dia sendiri yang memilih untuk berkahwin dengan Nora dan menegaskan bahawa isterinya itu tidak pernah menjadi ‘perosak rumah tangga’ seperti yang dituduh oleh segelintir pihak.

Jelasnya, perkenalannya dengan Nora bermula sebagai sahabat kepada arwah suami Nora, Johan Nawawi.

Selepas Johan meninggal dunia, timbul niat murni dalam dirinya untuk membimbing dan menjaga anak-anak arwah yang masih muda.

Dengan niat ikhlas kerana Allah, beliau memberanikan diri meminang Nora, meskipun sedar akan perbezaan bidang kerjaya antara mereka.​

Sedar cabaran berpoligami

Nora

Dr. Rushdi mengakui tidak pernah terfikir untuk berpoligami kerana sedar akan cabarannya yang besar. Beliau menekankan bahawa poligami adalah sunnah Nabi SAW dan dibenarkan dalam Islam.

Namun, beliau kesal dengan gelaran negatif seperti ‘penyondol’ dan ‘sundal’ yang dilemparkan kepada isteri kedua, termasuk Nora.​

Dalam kehidupan poligami… gelaran-gelaran seperti penyondol, sundal sering dikaitkan dengan isteri-isteri sama ada kedua, ketiga dan seterusnya. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan wajar diberhentikan (wajib) dan bertentangan dengan ajaran Islam yang maha suci.”

Keperibadian Nora di mata suami

Nora

Bagi Dr. Rushdi, Nora adalah seorang isteri yang baik, menjaga aurat, berpakaian sopan dan sentiasa menerima nasihat.

Paling penting, terpaksa saya sebut, seorang isteri yang baik. Sentiasa menjaga makan minum suami kerana dia alhamdulillaahh minat masak memasak. Sebagai insan yg telah “ditakdirkan” berkahwin dngn Nora, الله اكبر و الحمد لله dengan tidak ada niat untuk takabur atau riyak atau menunjuk nunjuk atau mengecilkan hati sesiapa, saya dapati beliau adalah isteri yang baik.

Beliau juga menegaskan bahawa Nora bukan wanita yang suka mendampingi lelaki bukan mahram dan tidak pernah curang sepanjang perkahwinan mereka.​

Di akhir luahannya, Dr. Rushdi memohon doa daripada semua agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat keberkatan Allah SWT.​

Beliau berharap penjelasan dapat menepis segala spekulasi, tohmahan, tuduhan yang tidak berasas dan tanggapn negatif terhadap dirinya dan keluarga.

Ohmedia om Featured New 1200x675 3

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Rushdi Ramli


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas