Connect with us

Oh! Media

Nora Ariffin

Trending

Nora Ariffin Dedah Panjang Lebar Cerita Sebenar Mengenai Konflik Antara Dirinya, Madu Dan Anak Tiri!

Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin akhirnya bersuara mengenai konflik antara dirinya, suami, madu, dan anak tiri yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas.

Menurut laporan Astro Gempak, Nora dan suaminya, Dr Rushdi sudah mencuba sedaya upaya untuk berdamai dengan anak tirinya, Alia, termasuk mengatur pertemuan.

IKLAN

Dr Rushdi telah memberikan nasihat, teguran dan beberapa kali cuba mengaturkan pertemuan antara pihak saya, Dr Rushdi, Puan Rose dan Alia.

Lebih mengecewakan, jemputan rasmi untuk sesi mediasi pada 2 Februari 2024 juga tidak diendahkan oleh Alia.

Reputasi Nora Ariffin tercalar

Nora turut mendakwa bahawa Alia berulang kali menjatuhkan reputasinya, sekali gus menjejaskan promosi dan jualan tiket konsertnya pada 18 Disember lepas.

Akibatnya, penyanyi ini menerima tohmahan melampau di media sosial sehingga memberi kesan buruk terhadap kerjayanya.

Saya telah mengalami banyak mudarat melampau dan kerugian akibat perbuatan Alia.

Sehubungan itu, Nora mengambil tindakan undang-undang, termasuk menghantar notis tuntutan kepada Alia bagi meminta:

  • Hentikan segala fitnah di media sosial
  • Padam kenyataan yang dibuat terhadap Nora
  • Buat permohonan maaf secara terbuka selama sebulan

Namun, tiada permohonan maaf diterima, sebaliknya Alia hanya menurunkan kenyataan tersebut atas permintaan bapanya.

Nora pilih untuk berlapang dada

nora ariffin

Walaupun dirinya terkesan dengan situasi ini, Nora tetap merendahkan diri dan memohon maaf secara terbuka demi berdamai dengan Alia dan ibu tirinya, Puan Rose.

Pada 24 Februari 2025, saya merendahkan diri memohon maaf secara terbuka demi untuk berdamai dan berbaik dengan Puan Rose dan Alia.

Setakat ini, masih belum ada respon daripada pihak Alia mengenai permohonan maaf tersebut.

#ApaKataOhmedia

Dalam setiap konflik keluarga, komunikasi dan persefahaman sangat penting. Kadangkala, ego boleh merosakkan hubungan yang sepatutnya dipelihara. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak!

Nora Ariffin

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Astro Gempak


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas