Connect with us
miera liyana

Oh! Artis

Suami Miera Liyana Dakwa Beri Nafkah Isteri Pertama RM15,000 Sehingga RM20,000 Sebulan

Di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini, suami Miera Liyana iaitu Rosland Othman menafikan dakwaan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib dan anak-anak.

BACA: Sekat Nombor Telefon, Suami Miera Liyana Didakwa Tak Bayar Nafkah Isteri Pertama Selama Setahun

IKLAN

Dakwa Rosland, meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz, dia tetap menunaikan tanggungjawab membayar ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan sekolah termasuk memberikan kad kredit.

rosland suami miera liyana

Rosland yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik mendakwa jumlah keseluruhan nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.

InsyaAllah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan dan kad kredit juga diberi, tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.

Ujar Rosland, dia boleh menunjukkan apa bayaran yang diterima Adibah. Rosland juga mendakwa ada memberikan wang tunai tak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan sekolah anak.

suami miera liyana

Sebelum ini, Rosland memfailkan nusyuz terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib mendakwa wanita itu keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.

Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu daripada segi nafkah batin tidak dapat saya tunaikan. Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi bagaimana untuk teruskan, adalah agak sukar.

Kini, Rosland selaku plaintif sedang melalui kes nusyuz kerana Adibah didakwa tak lagi mengendahkan kata-katanya sebagai suami.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas