Connect with us

Oh! Media

Sekat Nombor Telefon, Suami Miera Liyana Didakwa Tak Bayar Nafkah Isteri Pertama Selama Setahun

Oh! Artis

Sekat Nombor Telefon, Suami Miera Liyana Didakwa Tak Bayar Nafkah Isteri Pertama Selama Setahun

Terbaru, kisah mengenai suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman yang didakwa tidak membayar nafkah kepada isteri pertama sejak setahun yang lalu. Eh, biar betul?

ADVERTISEMENT

BACA: Nafkah RM6,000 Sebulan Tak Cukup, Emilia Hanafi Terpaksa Jual Rendang

Menurut laporan Malaysia Kini, Rosland juga telah menyekat nombor telefon isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib dan tidak mencapai kata sepakat dalam proses rundingan di Mahkamah Syariah, Putrajaya.

Tidak beri nafkah

Peguam syarie Adibah, Khairul Anwar memaklumkan bahawa isteri pertama telah menuntut tuntutan nafkah miliknya dan hak anak-anak yang tidak dilunaskan oleh Rosland hampir setahun lalu.

Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya. Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah. – Khairul Anwar

Adibah juga mendakwa bahawa suaminya itu tidak lagi melayannya sebagai seorang isteri sejak dirinya telah dimadukan dengan Miera pada Julai 2020.

Dia melayan kami seperti sebuah perniagaan yang memerlukan resit, baru boleh tuntut. – Adibah

Khairul juga mengatakan bahawa tindakan Rosland itu diibaratkan perkahwinan yang ke 20 tahun tanpa nilai. Semoga urusan isteri pertama dapat dipermudahkan.

Kredit: Malaysia Kini I Mediavariasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas