Connect with us

Oh! Media

Suami Fatin Afeefa Tidak Mahu Ucap Terima Kasih Sebab Dapat Gift Tak Sampai Seribu

Fatin afeefa opai ohmedia

Oh! Artis

Suami Fatin Afeefa Tidak Mahu Ucap Terima Kasih Sebab Dapat Gift Tak Sampai Seribu

Alpha buat hal apa hari ini? Kali ini, suami kepada pelakon Faatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi tarik perhatian netizen selepas viral rakaman sesi live dirinya di TikTok yang tidak mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi gift.

Dalam sesi live terbabit, Aliff yang mesra dipanggil Opai dilihat teruja apabila mendapat gift ikan paus yang diberikan oleh isterinya sendiri.

BACA: Fatin Afeefa Nak Ajar Suami Main Saham Tapi Tempat ‘Landing’ Pula Jadi Perhatian Netizen

IKLAN
Fatin Afeefa

Akan tetapi, netizen tidak puas hati bila Opai mempersoalkan netizen yang memberinya gift murah.

Kalau ye pun nak bagi gift, ini baru namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap thank you, agak-agak la. Tak, sebab I kalau masuk live orang, i bagi gift banyak-banyak.

4 tahun konsisten jadi orang kaya…

Bukan itu sahaja, Opai turut sempat menjawab soalan penonton live berkenaan mengenai tempoh kekayaannya.

Baru kaya berapa tahun? Alhamdulillah, konsisten la empat tahun. Nak jaga kekayaan tu bukan senang.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah menyifatkan suami pelakon itu sebagai seorang yang riak kerana mengakui dirinya sebagai ‘orang kaya’.

Image 138

Malah, ada juga yang mengungkit kisah lamanya yang pernah bergelut dalam meneruskan kehidupan sebelum menjadi seorang yang berjaya seperti sekarang.

Image 139

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas