Connect with us

Oh! Media

Isteri Pertama Dedah Suami Dah Lama Tak Pulang Ke Rumah Sejak Kahwin Dengan Miera Liyana

suami miera liyana

Oh! Artis

Isteri Pertama Dedah Suami Dah Lama Tak Pulang Ke Rumah Sejak Kahwin Dengan Miera Liyana

Kemelut rumah tangga suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman bersama isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib nampaknya belum menemui jalan penyelesaian apabila Adibah nekad dengan keputusan enggan berpisah.

ADVERTISEMENT

BACA: Sekat Nombor Telefon, Suami Miera Liyana Didakwa Tak Bayar Nafkah Isteri Pertama Selama Setahun

Memetik laporan mStar, Adibah sebagai isteri pertama yakin dia di pihak yang benar dan memohon suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Isteri pertama dedah suami berubah sejak kahwin Miera Liyana

isteri pertama suami miera liyana

Ibu kepada lima orang anak ini berharap rumah tangganya dapat diselamatkan walaupun hubungan dilanda masalah sejak 2021.

Adibah ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berkata, sejak berkahwin dengan pelakon Miera Liyana pada Julai 2020, suaminya dah lama tak pulang ke rumah.

Saya pun tak tahu dia menfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini.

Sementara itu, anak sulung Nur Izzah Rosland berkata sebagai seorang anak dia mestilah rasa sedih dan kecewa. Dia mengharapkan ada jalan penyelesaian untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Saya tidak rasa apa-apa pun (tak ditegur bapa). Mungkin dah biasa. Saya pun lebih tenang tidak bercakap dengannya. Dia sudah banyak berubah. Ayah saya yang dulu bukan lagi seperti sekarang ini.

Ujar anaknya lagi, sikap bapa mula berubah sejak berkahwin baru dan di mahkamah hari ini Rosland dikatakan tak menegurnya.

Kata Izzah, dia dah lama tak berhubung dengan bapa kerana nombor telefon disekat sejak Februari lalu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas