Connect with us

Oh! Media

“Stress Tekanan Jiwa Konon” – Chef Wan Mahu Pelaku Dera Kucing Dikenakan Tindakan

Oh! Artis

“Stress Tekanan Jiwa Konon” – Chef Wan Mahu Pelaku Dera Kucing Dikenakan Tindakan

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial satu insiden yang menunjukkan seorang pemuda bertindak melempar batu ke arah seekor kucing di kaki lima.

ADVERTISEMENT

BACA: Akibat Dengki Dalam Perniagaan, Remaja Wanita Cedera Ditikam Dengan Kunci Kereta

Walaubagaimanapun, pemuda yang bertindak mendera kucing itu telah pun ditangkap pihak polis pada Isnin yang lalu.

Chef Wan mahu pemuda itu diambil tindakan

Terbaru, personaliti masakan terkenal, Datuk Chef berkongsi pandangannya mengenai isu seorang lelaki yang mendera seekor kucing itu menerusi laman Instagramnya.

Chef Wan yang juga merupakan seorang pencinta kucing, berharap agar pelaku yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu menerima hukuman yang berat dan setimpal sekaligus dijadikan sebagai contoh dan pengajaran buat mereka yang bersikap tidak berhati perut terhadap haiwan.

Ini adalah perbuatan yang jahat. Perbuatan mereka perlu diambil tindakan supaya menjadi contoh kepada orang lain bahawa perkara ini tidak boleh dipadang remeh. Saya terkejut melihat video itu.

Mengapa begitu benci sekali kepada haiwan yang cantik seperti ini. Apa yang berada dalam fikiran mereka?

Stress tekanan jiwa konon akibat di buang kerja. Beribu-ribu orang hilang pekerjaan bahkan hadapi lebih lagi, tapi tidak pernah marah kepada kucing. Ini satu perangai yang menjijikkan.

Mula-mula dera haiwan, tak lama lagi dera manusia pula

Perkongsian Datuk Chef Wan itu mendapat respon warganet. Rata-rata mereka menyokong kenyataan yang dibuat Chef Wan berkenaan isu ini.

Betul lah apa yang dikatakan Datuk Chef Wan. Haiwan yang tidak berdosa pula menjadi mangsa tekanan dibuang kerja. Macam-macam perangai manusia zaman sekarang ni.

Kredit: Instagram _chefwan58

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas