Connect with us

Oh! Media

Akibat Dengki Dalam Perniagaan, Remaja Wanita Cedera Ditikam Dengan Kunci Kereta

Trending

Akibat Dengki Dalam Perniagaan, Remaja Wanita Cedera Ditikam Dengan Kunci Kereta

Seorang remaja perempuan diserang oleh wanita yang bersenjatakan kunci kereta dipercayai akibat tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Lelaki 3 Tahun Kritikal Telan Dadah, Bapa Saudara Ditahan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di kawasan berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka itu telah menyebabkan mangsa berusia 18 tahun cedera di kening kanannya dipercayai akibat ditikam kunci kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, suspek menyerang mangsa ketika remaja terbabit berada di gerai kakaknya.

Berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mereka berdua sebelum dileraikan orang ramai.

Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat terkena kunci kereta membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tambah Komisioner Zaidy lagi, suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai operator kilang ditahan bagi membantu siasatan.

Setakat ini, siasatan awal mendapati punca kejadian dikatakan berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital.

Video tular di media sosial

Terdahulu, video yang menunjukkan pergaduhan antara dua wanita sehingga menyebabkan kecederaan itu tular di media sosial.

Sampai berdarah macamtu sekali. Apa salahnya berniaga secara sihat? Kan lebih elok begitu.

Kredit: Harian Metro | Facebook Inforoadblock

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas