Connect with us

Oh! Media

“Soal Nafkah Anak Pun Ikut Suka Hati Dia” – Hana Azraa Buat Laporan Polis Ke Atas PU Abu

hana azraa

Oh! Artis

“Soal Nafkah Anak Pun Ikut Suka Hati Dia” – Hana Azraa Buat Laporan Polis Ke Atas PU Abu

Beberapa hari lepas, Ohmedia ada kongsikan pendedahan dari bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Hana Azraa dan kini dia memaklumkan sudahpun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kubang Pasu, Kedah pada semalam (Ahad).

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Rindu Awak Hana” – Bekas Isteri Dakwa PU Abu Buat Hal Lagi, Pujuk Untuk Berbaik?

Dalam laporan polis itu, Hana turut membuat laporan ke atas isteri pertama Abu iaitu Ain Afini agar tidak masuk campur dalam isu melibatkan dirinya dan bekas suami.

Saya tidak boleh menceritakan secara terperinci tentang laporan berkenaan tetapi apa yang boleh dikatakan, laporan pertama adalah meminta Ain tidak masuk campur kerana semua perkongsian saya di media sosial adalah berkaitan saya dan Abu.

PU Abu beri nafkah kepada anak ikut mood..

Hana turut membuat laporan ke atas Abu supaya berhenti mengganggunya. Hana sebelum ini mendedahkan bekas suaminya itu sering menghubunginya dan cuba memujuk untuk kembali bersama selepas bercerai pada tahun 2020.

Dalam pada itu, Hana turut mengesahkan pernah berjumpa dengan Abu untuk menyelesaikan segala masalah tetapi tetap tidak berjaya selain gagal menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen yang sudahpun berusia 3 tahun.

Soal nafkah anak pun ikut mood dia. Kalau dia nak dia akan beri. Ikut suka hati dia sahaja. Sebab itu apa yang saya buat sekarang ni adalah untuk perjuankan hak Mateen. Itu adalah anak dia.

Lafaz cerai di luar mahkamah memang sudah buat cuma belum dapat pengesahan mahkamah. Susah hendak berurusan sebab dia jarang berada di Malaysia. Saya harap dia boleh beri kerjasama baik.

Tak mungkin untuk saya kembali sebagai isteri Abu. Saya bahagia sekarang ini dan tidak mahu terlibat dengan kehidupan yang pernah dilalui sebelum ini.

Untuk pengetahuan korang, PU Abu dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan ia hanya bertahan selama 1 tahun.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas