Connect with us

Oh! Media

“Saya Rindu Awak Hana” – Bekas Isteri Dakwa PU Abu Buat Hal Lagi, Pujuk Untuk Berbaik?

Trending

“Saya Rindu Awak Hana” – Bekas Isteri Dakwa PU Abu Buat Hal Lagi, Pujuk Untuk Berbaik?

Pendakwah kontroversi, PU Abu didakwa buat hal lagi apabila menghubungi bekas isteri, Hana Azraa. Menerusi pendedahan di Instagram Story, Hana memberi amaran kepada bekas suaminya itu supaya tak melakukan hal itu.

ADVERTISEMENT

Katanya, dia terpaksa mendedahkan perbualan mesej kepada umum supaya dia berhenti diganggu. Walaupun nama pengirim mesej tak didedahkan, ramai dapat mengagak ianya pendakwah itu berikutan isu sensasi yang tercetus sebelum ini.

PU Abu masih ganggu bekas isteri?

Dakwa wanita ini, sebelum ini dia masih bersabar memikirkan periuk nasi dan tanggungjawab yang perlu dipikul bekas suaminya itu. Tambahan pula kini isterinya sedang sarat mengandung anak ketiga.

Tapi dia tak sangka masih diganggu sedangkan dirinya dah cuba bertoleransi.

Jelasnya lagi, benda yang dah berlalu perlu dijadikan pengajaran dan bekas suami hanya perlu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak lelaki mereka, tak lebih daripada itu.

Hana Azraa beri amaran terakhir

Di perkongsian terakhir, Hana berkata mereka tak perlu bersatu kembali sebagai pasangan suami isteri. Hubungan yang terbina cukuplah demi anak mereka, Mateen sahaja.

Kredit: Instagram Hana Azraa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas