Connect with us

Oh! Media

ryzal ibrahim

Oh! Artis

“Simple Content, Sedar Diri” – Ryzal DurianKimchi Enggan Mohon Maaf Buat Video Pasal B40

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal DurianKimchi menerima kritikan ramai selepas memuat naik satu video mengenai rutin kehidupan B40.

Namun, konten yang dipaparkan dalam video itu jauh sekali dengan hakikat sebenar kehidupan B40 apabila Ryzal memakai pakaian dan aksesori berjenama mewah. Selepas itu, dia berbelanja pula di sebuah pasar raya, siap beli air Evian.

IKLAN

Susulan itu, suami kepada Maryam ini dianggap seolah-olah cuba menyindir kehidupan rakyat marhaen. Di ruangan komen, Ryzal tak hanya berdiam diri sebaliknya membalas kritikan-kritikan netizen.

ryzal ibrahim

Sementara itu, ada juga netizen yang dapat menangkap maksud sebenar yang cuba disampaikan pempengaruh ini.

Individu tersebut berkata memang wujud segelintir golongan B40 yang menunjukkan kemewahan tapi hakikat sebenar hanyalah cukup-cukup makan sahaja.

ryzal duriankimchi b40

Menurut Ryzal, dia tak akan meminta maaf kerana merasakan tindakan buat video itu tak salah. Tambahan pula, golongan B40 juga kerap memerli T20 sebelum ini.

Kredit: Instagram Ryzal Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas