Oh! Artis
“Siasat Betul-Betul, Jangan Main Fitnah” – Syura Bengang Dituduh Jual Produk Penyebab Kanser
Penyanyi dan juga seorang pelakon, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron bengang apabila dituduh menjual produk kecantikan yang boleh mendatangkan kanser kepada penggunanya.
Juara Masterchef Selebriti musim kedua itu menerusi hantarannya di instagram berkata, fitnah yang dilemparkan kepadanya yang didakwa menjual produk penyebab kanser adalah salah satu cubaan untuk menjatuhkan nama baik perniagaannya.
Hari itu kes sugar daddy Syura juga kena kecam. Ni kes fitnah produk pula. Siap direct message (DM) @lansolo_official dan bagi tahu kalau produk ini boleh jadi kanser sebab isterinya, @shielarazlan salah seorang pengguna produk kecantikan Charmant.

Produk ini ada sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan ujian makmal. Dari mana datangnya kanser tu?
Menurut Syura, tidak dinafikan terdapat banyak produk di Malaysia ini yang menjual produk kecantikan palsu yang mampu memudaratkan kepada pengguna-penggunanya.
Tapi kalau boleh, siasatlah dulu betul-betul, jangan main fitnah macam ni je. Sedih kadang-kadang tengok orang kita sendiri jatuhkan orang kita juga.
Beliau sempat berpesan kepada orang awam agar siasat dahulu sebelum menuduh selain turut berkata tidak perlulah menjatuhkan perniagaan seseorang jika tidak berminat dengan produk berkenaan.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon di pembaca di Facebook Oh! Media
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM