Connect with us

Oh! Media

“Siapa Yang Koba Nilai 3 Dalam Selangor?” – Datuk Hattan Ulas Isu Nilai 3 Dalam Negeri Selangor

Datuk Hattan

Oh! Artis

“Siapa Yang Koba Nilai 3 Dalam Selangor?” – Datuk Hattan Ulas Isu Nilai 3 Dalam Negeri Selangor

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan isu kedudukan lokasi beli belah Nilai 3 yang dikatakan terletak dalam kawasan Selangor dan terdapat hantaran yang mengulas tentang ‘kebenaran’ kawasan tersebut.

Kejadian itu bermula apabila sebuah pengguna laman Facebook bernama N9 Radar yang memuat naik ucapan berkaitan Nilai 3 yang bertukar kepada kawasan dalam Negeri Selangor oleh sebab polis tidak mendakwa Neelofa dan suaminya yang merentas negeri untuk membeli karpet.

Bagaimanapun, isu tersebut mendapat perhatian daripada ‘Abang besar’ Negeri Sembilan, Datuk Hattan melalui hantarannya di laman instagramnya semalam yang menepis dakwaan Nilai 3 berada dalam kawasan Negeri Selangor seperti yang tular baru-baru ini.

IKLAN

Assalamualaikum. Apa khabar? Siapa pula yang koba Nilai dalam Selangor? Saya anak jati Negeri Sembilan membosa dekat Seri Menanti.

Negeri Sembilan ni tak bosa mano pun, tapi saya tahu Nilai 3 tu dalam Negeri Sembilan. Kalau tak percaya, pergi tanya Jupem (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia). Kalau ya pun janganlah ditukar-tukar

Nilai terletak sebelah Bukit Mahkota dalam Negeri Sembilan. Pergi semak dekat Jupem. Benda senang.

Sehubungan itu, Datuk Hattan menyeru supaya orang ramai melakukan semakan terlebih dahulu sebelum mengatakan kedudukan asal kawasan tersebut.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas