Connect with us

Oh! Media

Isu Pak Cik Petai, MB Negeri Sembilan Kata Tak Adil Salahkan PBT

Ohmedia pak Cik Petai

Trending

Isu Pak Cik Petai, MB Negeri Sembilan Kata Tak Adil Salahkan PBT

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang lelaki warga emas membuang barang jualannya di jalan raya selepas ditegur pihak berkuasa.

Kejadian yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah pasar raya di Negeri Sembilan itu telah meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen meluahkan simpati terhadap nasib warga emas berkenaan.

BACA: Pakcik Petai Rupanya Sedang Kumpul Duit Untuk Pembedahan Isteri

IKLAN

Ramai menyangka tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) agak keterlaluan, namun rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

MB Negeri Sembilan tampil beri penjelasan

Pakcik Petai

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tampil menjelaskan situasi yang berlaku.

Beliau meminta masyarakat tidak terus menghukum anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tanpa merujuk kronologi isu secara keseluruhan.

Saya harap kejadian berlaku ini dapat dilihat daripada awal hingga akhir, bukan hanya tengok hujung saja kerana akhirnya memberi kesan kepada mereka yang rasa terfitnah.

Difahamkan, isu ini bermula selepas aduan diterima berhubung kegiatan berniaga di lokasi yang tidak dibenarkan.

PBT hanya jalankan tugas

Petai

Pihak MPPD telah menjalankan tugas untuk menasihati peniaga tersebut, namun suasana menjadi tegang hingga membawa kepada insiden membuang petai itu.

Kita akui memang ada berlaku masalah tapi perkara tersebut bermula dengan aduan menjalankan perniagaan di hadapan kedai yang tidak sepatutnya berlaku. Dan apabila dinasihatkan berlakulah kejadian seperti itu, mungkin ketika berpuasa dan dalam keadaan marah akhirnya rakyat memberikan penghakiman tidak adil kepada semua.

Malah, beliau berpendapat orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab kerja serta merasakan hal itu tidak adil.

Beliau berharap masyarakat bersikap adil dengan tidak menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Dalam pada itu, MB Negeri Sembilan bersyukur isu ini telah diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

Ohmedia pak Cik Petai

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas