Connect with us

Oh! Media

Shuk Jual Rumah Bayar Kad Kredit Dan Cukai, Harap Ada ‘Peluang’ Dalam Industri

Rumah Shuk

Oh! Artis

Shuk Jual Rumah Bayar Kad Kredit Dan Cukai, Harap Ada ‘Peluang’ Dalam Industri

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar sebelum ini memaklumkan ingin menjual rumahnya yang berharga RM1.2juta di Denai Alam, Shah Alam.

BACA: “Tak Best Pun Jadi Macam Aku, Tak Happy” – Shuk Sahar Nasihat Orang Ramai Jangan Curang

Menerusi sesi langsung di TikTok itu, Shuk berkata dia memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan dan buat sesuatu yang baru.

IKLAN

Difahamkan, rumah itu sudah ada pembeli dan wang pendahuluan sudah dibayar. Shuk terpaksa menjual rumah itu untuk mengelakkan kesukaran di masa depan seperti rumah kena lelong jika tak mampu membayarnya.

@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ♬ bunyi asal – mikha.ukasyah

Tambahnya wang yang dapat nanti dia akan guna untuk bayar hutang seperti kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik. Individu yang nak membeli sudah letak wang pendahuluan. Dia menghubungi ejen yang dilantik bagi urusan jual beli ini

Mengenai kerjaya pula, pelawak dan bekas penyampai radio ini berharap dia dapat diterima semula dalam industri hiburan tanah air. Katanya, jika ada peluang, dia memang mahu bekerja dalam industri.

Terdahulu, rumah mewah tiga tingkat milik pelawak dari Pulau Pinang ini pernah menjadi bualan ramai. Netizen mula memperkatakan mengenai rumah itu selepas seorang individu dipercayai pereka hiasan dalaman berkongsikan beberapa keping foto.

Esetafcuwaaucl2
Esetafcvoaaqefs

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas