Connect with us

Oh! Media

“Tak Best Pun Jadi Macam Aku, Tak Happy” – Shuk Sahar Nasihat Orang Ramai Jangan Curang

Cover Photo Om 1200 X 675 34

Oh! Artis

“Tak Best Pun Jadi Macam Aku, Tak Happy” – Shuk Sahar Nasihat Orang Ramai Jangan Curang

Kisah kecurangan pelawak, Shuk Sahar mula diperkatakan selepas isterinya sendiri membuat pendedahan di media sosial.

Isu ini membuatkan Shuk menerima kecaman dan orang ramai menganggap pelawak ini tidak serik-serik buat hal.

BACA: Tular Video Kereta Shuk Sahar Masuk Parit, Sempat Pula Tu Bergurau

IKLAN

Malah, pelawak ini sudah berani secara terang-terangan ‘dating’ di tempat awam apabila orang ramai merakam kelibatnya sedang makan bersama seorang wanita.

Terbaru, viral pula di TikTok rakaman sesi langsung memaparkan Shuk mengaku curang berkali-kali dengan orang yang sama.

@gula_hatii #syukmngakucurang ♬ bunyi asal – #FYP👈

Menerusi perkongsian video pemilik akaun @gula_hatii, Shuk berkata sebenarnya dia tidak seronok dan berharap dapat berubah menjadi seorang yang baik.

Dia berharap orang ramai menjadikan kisahnya sebagai pengajaran dan jangan sesekali curang apabila sudah berkeluarga.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menasihati pelawak ini mencontohi penyanyi, Aliff Aziz yang berubah dan kembali ke pangkuan keluarga.

“Ambil la kisah Aliff Aziz sebagai pengajaran. Dia mmpu mengubah diri dia jadi lebih baik. Semoga Shuk akan sedar dan berubah.”

Tak kurang juga yang mempersoalkan tindakannya curang berkali-kali sedangkan isteri telah memaafkan dan memberi peluang berbaik.

“Dah dapat peluang tapi disia-siakan. Nak apa lagi ye. Kalau tak suka lepaskan. Jangan menyakiti berulang kali. Itu kejam.”

Kredit: TikTok @gula_hatii

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas