Oh! Artis
Shuib Akui Dibebani Hutang Jutaan Ringgit
Meskipun diuji dalam kehidupan dan perniagaan, persahabatan antara Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah kekal erat.
Shuib meluahkan rasa terharu apabila Mamat mendedahkan niatnya untuk mendoakan kesejahteraannya ketika mengerjakan umrah pada Aidilfitri ketiga nanti.
Inilah namanya sahabat, sentiasa ada bersama ketika susah dan senang. Saya tak terfikir Mamat boleh pasang niat mahu doakan saya di Makkah.- Kata Shuib.
Dalam artikel Ohmedia sebelum ini, Mamat ada mendedahkan Shuib dibebani hutang dan akan mendoakan kemudahan sahabatnya itu jika ada rezeki mengerjakan Umrah.
Shuib sendiri jawab isu hutang puluhan juta…

Shuib turut menjawab spekulasi mengenai hutang perniagaannya, menjelaskan bahawa semua hutang yang didedahkan oleh Mamat adalah berkaitan urusan perniagaan dan bukan masalah kewangan peribadi.
Hutang saya lebih kepada badan kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, PERKESO dan cukai. Ini adalah risiko dalam dunia perniagaan.- Jelasnya.
Walaupun berdepan cabaran, Shuib menegaskan bahawa perniagaannya masih berjalan dengan baik dan yakin bahawa perancangan yang lebih teliti akan membantu mengurangkan tekanan kewangan.
Saya takkan berhenti dengan rasa yakin. Selagi tidak berhenti, kita belum gagal.- Katanya penuh semangat.
#ApaKataOhmedia
Setiap orang ada ujian mereka tersendiri dan Allah takkan uji hambaNya jika kita tak mampi. Apapun, kita doakan sahaja agar urusan Shuib dan Mamat dipermudahkanNya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM