Connect with us

Oh! Media

mamat sepah

Oh! Artis

Mamat Sepah Dedah Shuib Ubi Ada Hutang Puluhan Juta

Tak terbayang rasanya kalau ada hutang sampai puluhan juta ringgit. Eh, nak ada sejuta pun tak terbayang lagi dik oii… Apapun, itulah apa yang didedahkan Mamat Sepah tentang hutang yang ditanggung sahabatnya, Shuib Ubi.

Dalam satu perkongsian, Mamat mendoakan dirinya dan isteri dapat pergi menunaikan umrah pada Aidilfitri ketiga bersama sahabatnya Shuib.

IKLAN

Mamat Sepah berdoa dapat anak kembar lima…

Mamat juga berkongsi yang dia dan isteri akan menggunakan peluang di Tanah Suci untuk berdoa agar mereka dikurniakan anak.

Bila jejak kaki ke Tanah Suci, inilah antara doa yang panjatkan. Moga Allah permudahkan usaha saya dan isteri untuk mendapatkan zuriat.

Bukan tak boleh berdoa di sini tapi ada tempat mustajab di Tanah Suci yang boleh berdoa. Saya harap dapat anak kembar, sebab umur saya sudah 40 tahun.

Kalau Allah berikan saya kembar lima pun saya terima, Alhamdulillah. Saya tak takut dengan ekonomi dan masa, tetapi saya jalan sahaja dengan apa yang Allah kurniakan. – Kongsinya.

Bercakap soal hutang Shuib pula, Mamat berkata dia juga mahu mendoakan sahabatnya itu agar dapat menyelesaikan banyak masalah yang sedang dilalui.

Selain doa zuriat, saya juga mahu berdoa kehidupan saya dan Shuib berjalan lancar. Banyak sangat dugaan dilalui Shuib ketika ini.

Dia pernah cakap kalau boleh nak tidur tahu mahu bangun sebab berhutang puluhan juta. Dia hanya budak kampung yang tiada apa-apa dan tak sangka boleh berhutang sebanyak ini. – Kongsinya lagi.

#ApaKataOhmedia

Setiap orang yang hidup atas muka bumi ni memang tak dapat lari dari menerima ujian daripada Allah. Setiap orang juga ada ujian mereka tersendiri. Jadi, kita sebagai manusia doakanlah yang terbaik untuk orang lain agar hidup kita juga sentiasa diberkati olehNya.

mamat sepah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas