Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Dikerah Kerja Dari Kecil, Tanggung Hutang Keluarga Ratus Ribu Sebab Tak Nak Derhaka

Shila Amzah Ubai

Oh! Artis

Shila Amzah Dikerah Kerja Dari Kecil, Tanggung Hutang Keluarga Ratus Ribu Sebab Tak Nak Derhaka

Dah hilang sabar, penyanyi Shila Amzah akhirnya meluahkan segala keperitan yang dipendamnya selama ini.

Konflik Shila Amzah dan adik beradiknya bermula apabila penyanyi itu mengambil keputusan untuk menjual rumah didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

BACA: “Bak Datang Aku Tunggu” – Shila Amzah Cabar Adik Sepak Mukanya Sekali Lagi

IKLAN

Terbaru, suami Shila iaitu Ubai turut membuka mulut menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang kuat.

Iyalah Shila Amzah memang dah menyanyi dan terkenal dari kecil. Siapa yang tahu, tahu lah kan.

Tapi siapa sangka penyanyi ini rupanya menderita kerana perlu mengabdikan seluruh hidupnya buat keluarga.

Shila amzah ubai

Katanya, dah umur 28 tahun barulah Shila dapat merasa pegang duit sendiri termasuk kad bank dan kad pengenalan.

Malah, perkahwinan Shila yang dulu pun di atas pilihan keluarga.

Dalam tempoh 3 tahun berkahwin, Ubai mendakwa penyanyi itu ‘didera’ secara fizikal dan mental selain perlu tanggung bekas suami.

Ubai 2

Lebih mengejutkan Ubai mendakwa isterinya perlu menanggung hutang keluarga sehingga ratusan ribu ringgit.

Katanya, isterinya tak ada tempat mengadu, hanya dikerah untuk bekerja dan bekerja.

Ubai 1

Setiap titik peluh hasil bekerja, Shila perlu dahulukan keluarga dan tak boleh memberi alasan kerana itulah tugas sebagai anak sulung jika tak mahu jadi anak derhaka.

Kredit: X UbaiMz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas