Connect with us

Oh! Media

“Sha Adalah Mangsa Dera Fizikal, Emosi Dan Kewangan” – Shila Amzah Dedah Trauma Dengan Keluarga Dan Boyfriend

Oh! Artis

“Sha Adalah Mangsa Dera Fizikal, Emosi Dan Kewangan” – Shila Amzah Dedah Trauma Dengan Keluarga Dan Boyfriend

Menerusi live di TikTok, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi tentang kehidupannya bersama rakan-rakan dan anak namun berita mengenai perkahwinan kedua bapanya bersama ibu tiri baru-baru ini lebih menjadi perhatian.

ADVERTISEMENT

Apatah lagi, wanita dikahwini ND Lala itu merupakan bekas kawan baik Shila ketika di sekolah dan dia hanya berdiam diri ketika ini sementara ia hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, menerusi live Shila atau mesra dengan panggilan Sha membuat pendedahan yang mengejutkan ramai individu yang menonton.

Menurut Shila, dia adalah mangsa penderaan dari segi fizikal, emosi dan macam-macam lagi selain mengakui mengalami trauma sehingga ke hari ini.

Link video: Instagram

Sha adalah mangsa penderaan, mangsa dera emosi, dera fizikal, dera financial, semua. Jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kena hadap sampai hari ini. Merangkumi semua, boyfriend, suami, family.

Shila bagaimanapun tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana takut akan membuka aib mana-mana pihak selain enggan ia menjadi perkara besar.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas