Connect with us

Oh! Media

“She’s The One” – Bakal Isteri Selalu Ada Saat Jatuh Dan Bangun Remy Ishak

Oh! Artis

“She’s The One” – Bakal Isteri Selalu Ada Saat Jatuh Dan Bangun Remy Ishak

Pelakon popular, Remy Ishak nampaknya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak dikhabarkan bakal disatukan dengan kekasih hati, Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Sah! Remy Ishak Bakal Bernikah Pagi Sabtu Ini Dengan Gadis Pilihan

Memetik laporan Harian Metro, Remy mendedahkan mereka sebenarnya sudah lapan tahun berhubungan. Menganggap calon isterinya itu adalah pilihan yang terbaik, dia mengakui Ezza sentiasa ada di saat jatuh dan bangunnya.

remy ishak

Malah, selepas putus tunang pun mereka masih berhubung. Katanya, tempoh lapan tahun yang dijalani mereka merupakan proses pembelajaran sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Saya selalu bercakap pada diri, saya perlukan seseorang yang faham dan kenal saya bukan saja sebagai Remy Ishak tapi juga Mohammad Zalimei.

Agak bahaya kalau pilih pasangan yang kenal saya sebagai Remy saja. Saya nak pasangan yang kenal luar dalam.

Pelakon kacak ini berkata, tiga tahun pertama berkenalan sangat sukar untuk mengenalinya ditambah pula dengan sifat cemburu Ezza.

Ezza sentiasa ada bersama pada saat jatuh, bangun saya. Walaupun selepas kami putus tunang, kami terus berhubung dan dia selalu ada. ‘She’s the one’.

Menurut Remy lagi, dia ada berkenalan dengan orang lain ketika putus tunang dahulu. Namun, perhubungan itu tidak dapat diteruskan.

remy ishak

Malah, dia mengakui sikap memilih memang perlu ada dan dia menemukan ciri-ciri itu dalam diri Ezza.

Saya berjumpa ramai orang. Menjadi figura awam mudah untuk kenal ramai orang. Bukan saya terlalu memilih, tapi saya fikir ia bukan kerja saja tapi juga untuk masa depan.

Jadi, terlalu memilih itu perlu. Bukan dari segi status atau kerjaya dan sebagainya, pada saya peribadi.

Pelakon kelahiran Melaka ini turut menghormati bakal isterinya yang selalu ingin berubah menjadi lebih baik. Perkara tersebut membuatkan Remy kagum kerana dia juga memerlukan sokongan seperti itu.

Dia bukan saja sokong saya dalam dunia glamour ini, tapi peribadi juga. Saya berasa terusik di situ. Dia bukan kenal saya sebagai Remy Ishak, tapi dia pandang saya macam orang biasa.

Dia selalu cakap kenapa nak layan saya macam VIP. Baginya manusia tetap sama. Itu yang buatkan saya masih berpijak di bumi nyata dan saya perlukan itu.

Difahamkan, pasangan ini akan bernikah di masjid sekitar Kuala Lumpur pagi esok dengan hanya dihadiri beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas