Connect with us

Oh! Media

Sherry Dikritik Terlalu Over Pegang Watak Ibu Ryan Bakery

ryan bakery

Oh! Artis

Sherry Dikritik Terlalu Over Pegang Watak Ibu Ryan Bakery

Sejak menjadi viral di aplikasi TikTok apabila sering memuat naik content-content video yang menggamit memori zaman kecil, nama Ryan Bakery semakin dikenali orang ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapa Sultan Pemurah Ni?”, Netizen Terkejut Lepas Kira Gaji Ryan Bakery Untuk Satu Malam

Malah, baru-baru ini Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut dijemput sebagai tetamu dalam rancangan MeleTop dan berpeluang untuk berlakon bersama pengacara, Sherry Al-Hadad.

Menerusi video yang dimuat naik oleh MeleTop, Ryan dilihat melakonkan watak sebagai anak kecil dengan muka yang dipenuhi bedak tabur sambil bermain permainan.

Sementara itu, Sherry pula dilihat memegang watak sebagai ibu yang memarahi anaknya kerana masih belum mandi walaupun sudah memasuki waktu maghrib.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun telah mengkritik cara lakonan Sherry yang dianggap agak keterlaluan dan tidak semula jadi.

Sorry terlalu over react sherry – netizen.

Sorry jadi tak best. Sherry over. Biar Ryan and the team jela buat.- Tulis seorang pengguna Facebook.

Tak best Sherry berlakon.. Ryan dah comel dah pakai tepong gomak.- Netizen.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas