Connect with us

Oh! Media

Sharon Paul Akui Sudah Bercerai Dengan Rusdi Ramli, Dedah Bebas Dari ‘Cold Violence’

Ohmedia sharon Paul Rusdi Ramli

Oh! Artis

Sharon Paul Akui Sudah Bercerai Dengan Rusdi Ramli, Dedah Bebas Dari ‘Cold Violence’

Sharon Paul dedah sudah bercerai dengan Rusdi Ramli sejak Januari 2024. Katanya, dia kini lebih tenang dan bebas selepas harungi ‘cold violence’.

Komposer terkenal, Sharon Paul akhirnya mendedahkan yang dirinya dengan pelakon Rusdi Ramli sudahpun sah bercerai talak satu pada Januari tahun lepas.

Menurut laporan mStar, Sharon berkata dia sendiri yang mengambil inisiatif untuk memfailkan penceraian selepas usaha menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka menemui jalan buntu.

Saya sudah bercerai sejak Januari tahun lalu. Saya sendiri yang uruskan proses perceraian itu dengan melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa.

Kini rasa lebih bebas dan bahagia

Sharon Paul

Sharon mengakui tahun lepas adalah antara detik paling mencabar dalam hidupnya apabila terpaksa menguruskan pelbagai hal sendirian termasuk pinjaman hartanah, bil utiliti, membesarkan dua anak serta menjalankan perniagaan.

IKLAN

Tahun lepas memang sangat mencabar… Tapi tahun ini saya anggap sebagai tahun pemulihan. Kadang-kadang kita perlu jatuh dulu sebelum boleh bangkit semula.

Dia juga menyebut pernah mengalami ‘cold violence’ sepanjang perkahwinannya, namun kini rasa lebih bebas dan bahagia.

“Tak guna minta nafkah, hanya membazir bayar peguam” – Sharon Paul

Sharon Paul Rusdi Ramli

Sharon turut menyentuh soal hak penjagaan anak dan mendedahkan bahawa kedua-dua anaknya memilih untuk tinggal bersamanya, tanpa perlu melalui proses mahkamah.

Anak-anak pilih untuk tinggal bersama saya. Tak ada gunanya minta nafkah, hanya membazir duit untuk bayar peguam.

Menurut Sharon, anak-anak sebenarnya bebas untuk tinggal bersama bapa mereka, namun mereka lebih selesa berada di sisinya.

Pssttt! Perpisahan bukan pengakhiran, tapi kadangkala permulaan kepada kehidupan yang aman dan tenang. Hormati keputusan dan beri ruang untuk semua pihak pulih dengan cara tersendiri.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas