Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad

Oh! Artis

Sharnaaz Ahmad Tenang Bila Netizen Ungkit Isu Beri Nafkah RM500 Kepada Bekas Isteri

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad berkata yang bahawa dia langsung tidak terkesan dengan kritikan netizen yang mengungkit isu nafkah RM500 yang diberikan kepada bekas isterinya, Noor Nabila.

Menurut laporan HibGlam, Sharnaaz juga berkata yang komen sebegitu bukanlah perkara baru yang dirinya terima.

IKLAN

Saya tak kisah pun sebab banyak sahaja komen sebegitu sebelum ini. Saya tidak terkesan dan semua sudah tahu tentang isu nafkah RM500 tersebut, itu zaman bila?

 Dia cakap benda itu pun tak menggores hati dan sekarang hidup saya pun gembira.

Sharnaaz Ahmad anggap kritikan datang daripada individu bermasalah mental

sharnaaz ahmad

Pelakon lelaki itu juga turut menganggap individu yang mengungkit isu ini mungkin menghadapi masalah mental.

BACA: “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai Hang Dah” – Sharnaaz ‘Bidas’ Netizen Petik Isu Nafkah RM500

Sharnaaz juga perasan yang individu itu turut mengganggu orang lain dan bukan hanya dirinya.

Sebenarnya perempuan itu turut kacau semua orang, bukan saya sahaja. Mungkin dia ada sedikit masalah di sini (mental) cuma harap dia jangan guna gambar anak bila nak cakap negatif tentang orang lain.

Untuk info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada personaliti TV terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017. 

Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, yang kini berusia 7 tahun hasil perkahwinan itu.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada Julai 2020 apabila Nabila mendedahkan yang Sharnaaz tidak memberikan nafkah yang mencukupi.

#OhmediaNasihat

Dalam hubungan selepas perpisahan, adalah lebih baik untuk fokus pada kebahagiaan masing-masing dan mengabaikan kritikan yang tidak membina. 

Kadangkala, menjaga kesejahteraan mental dan memilih untuk tidak melayan isu lama adalah cara terbaik untuk teruskan kehidupan dengan gembira.

Sharnaaz Ahmad

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: HibGlam


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas