Baru-baru ini, pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad mengundang tawa ramai apabila secara bersahaja membincangkan topik “Persatuan Duda” dalam sesi siaran langsung (live) di akaun TikTok.
Sambil ditemani oleh pedandan rambutnya, Sharnaaz berbual tentang selebriti tanah air yang kini bergelar duda.
IKLAN
Sharnaaz presiden, Bossned naib presiden
Dalam suasana santai itu, Sharnaaz dengan seloroh melantik dirinya sebagai “Presiden Persatuan Duda,” manakala rakan-rakan selebriti lain dianggap sebagai “ahli biasa” sahaja.
Rambut cantik? Aiii habistu rambut Fattah Amin je cantik? Rambut aku tak elok? Aku presiden tau, dia baru masuk cuba nak lawan aku. Mana boleh, dia ahli biasa je. Ahli seringgit orang panggil. Aku ketua jadi kena hormat ketua.
Lebih mencuit hati, Sharnaaz turut menyebut nama pelakon Farid Kamil, menyatakan bahawa Farid mungkin akan menyertai “persatuan” tersebut jika melalui proses penceraian sekali lagi.
Tu tak lama lagi nak masuk tu, Farid Kamil. Haritu dah keluar, berlagak. Ni masuk balik.
Tidak ketinggalan, beberapa nama lain turut disebut oleh Sharnaaz dalam nada bergurau seperti Que Haidar dan Syamsul Yusof yang dilantik sebagai bendahari.
“Kita melawak sajalah, nak sedih-sedih buat apa”
Manakala, Bossned tanpa bertanding akan menyandang jawatan naib presiden. Sharnaaz bagaimanapun menolak penyertaan artis Singapura, Aliff Aziz serta bekas suami Noor Nabila, Engku Emran.
Aliff Aziz? Tak masuk, aku reject dia punya penyertaan. Engku Emran? Aku tak approved, tak boleh masuk sebab aku ketua.
Menutup sesi live tersebut, Sharnaaz menjelaskan bahawa tujuan beliau bergurau adalah semata-mata untuk hiburan.
Kita bukan nak seronok pasal apa yang jadi pada mereka tapi bila dah jadi, kita buat melawak sahajalah. Nak sedih-sedih pun buat apa.
Aduh, pandai juga Mamu Sharnaaz ni buat lawak. Mohon para selebriti yang dipetik nama tidak mengambil serius gurauan bersahaja ni ye.
#OhmediaNasihat
Walaupun topik yang dibincangkan Sharnaaz ini hanya gurauan, kita boleh belajar untuk tidak terlalu serius dalam menghadapi sesuatu keadaan. Kadang-kadang, sedikit gurauan boleh meringankan beban dan membantu kita menerima keadaan dengan hati yang lebih terbuka.