Connect with us

Oh! Media

Shamsul Ghau Ghau Jual Aset Tampung Keluarga Sepanjang 10 Tahun Belajar Al-Quran

shamsul

Oh! Artis

Shamsul Ghau Ghau Jual Aset Tampung Keluarga Sepanjang 10 Tahun Belajar Al-Quran

Lama tak dengar cerita Shamsul Ghau Ghau kan? Diam tak diam rupanya dah 10 tahun pelakon veteran ini senyap dari industri seni.

ADVERTISEMENT

Kini, Shamsul atau lebih mesra disapa Pak Su tampil membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan untuk mencari rezeki.

Difahamkan, selebriti ini kini sedang mengacarakan program Pentas Marhaban bersama Tilmiz Fahmi di TV AlHijrah.

BACA: “Saya Ni Orang Yang Jahil” – Kongsi Detik Berhijrah, Shamsul Ghau Ghau Jadi Inspirasi

Sepanjang tempoh 10 tahun mengikuti pengajian al-Quran, Shamsul mendedahkan dia menggunakan semua wang simpanan berjumlah RM300,000 dan menjual aset untuk menampung keluarga.

shamsul ghau ghau

Katanya, waktu mendalami ilmu agama selama 10 tahun tu, dia hilang kerja dan tak menerima sebarang tawaran dalam bidang seni. Mana nak dapat duit ye dak?

Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.

Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000.

Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada.

Pelakon terkenal ini menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk belajar al-Quran selain pernah ditawarkan untuk sambung pengajian di Mesir.

shamsul ghau ghau

Tapi, dia terpaksa menolak kerana anak-anak masih bersekolah ketika itu. Kini, Shamsul sudah mendapat sijil tauliah sebagai penceramah dan berharap pintu rezekinya akan semakin terbuka luas.

Jelasnya lagi, dia ambil tauliah bukan untuk riyak sebaliknya nak buktikan sesiapa je boleh belajar al-Quran tanpa mengira umur dan latar belakang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas