Connect with us

Oh! Media

“Senyap-Senyap sudahlah” – Shahrulezad Nasihat Neelofa Isu Beli Karpet

Oh! Artis

“Senyap-Senyap sudahlah” – Shahrulezad Nasihat Neelofa Isu Beli Karpet

Pengarah drama, Shahrulezad Mihameddin menasihati selebriti terkenal Malaysia, Neelofa supaya memperlahankan seketika aktiviti media sosialnya yang begitu aktif akhir-akhir ini.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Netizen Syak Neelofa Sekali Lagi Rentas Negeri, Kali Ini Ke Negeri Sembilan?

Shahrulezad dalam hantarannya yang telah dikongsi di Facebook agar meminta Neelofa memperlahankan aktivitinya di media sosial kerana dia dan suaminya, Harris Ismail atau PU Riz begitu menjadi perhatian netizen ketika ini sehingga menyebabkan ramai orang tidak berpuas hati akan tindakan pasangan selebriti itu.

Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai.

Tangkap layar berkenaan instagram Story dimuat naik Neelofa mencetuskan kemarahan netizen

Berikutan tindakan Neelofa yang didakwa merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan, Shahrulezad mengungkap bahawa Selebriti itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian.

Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

Beliau turut mengecam tindakan Neelofa yang turut memuat naik video di Instagram Story berkenaan kegiatannya itu yang kemudiannya dipadam tidak lama kemudian selepas mendapat kecaman dari netizen.

Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?

Pengarah tersebut juga menasihati Neelofa supaya menjaga imej beliau yang kini berniqab selain turut mengatakan imej sedemikian patut disayangi dan bukannya dibenci atas tindakkan beliau sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas